CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

~just 4 Adam n Hawa~

untuk adam
andai mahu menerima cinta hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk HAWA..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

~TINTA buat SEORANG SAHABAT~

Nukilan ini khas buat sahabat-sahabatku..

sahabat...
masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertemuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan
sahabat.....
kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.

Mula2 skali kite sume dtg ke MAahad Ahmadi dgn s'gnggam harapan iaitu menuntut ilmu dgan sepenuh hati..herm..bt0l..kite sume telah pown ditakdir'n b'temu pada 16 Januari 2009..tp..mcam2 ragam ade..hehe..ade yg nangis nak blik lar..nak pndah lar..sek x best lar..mcam2 lg la..sume ade..Tp..pape p0wn..ttap jugak ade yg stay maahad smpai F3..iaitu PMR..time F1..rmai jgak yg pndah..baru x smpai seminggu..dah pndah..smpaikan x ingat name diorg..n smpai ade yg x knal lansung..mmg ta0n p'tame kite kat bumi tarbiyah x berape best..bt0l x???tp itu sume adalah knangan manis bg kite sume..

Herm..time F2..mcam2 msalah ade..stiap hari ade msalah..hehe..yg sngat sukar d'lupe kan...result time tgh ta0n..ramai  ibu bapa yg dtg sbb klau gagal kene buang sek..hehe..dah lar rmai plak tue..time tue sume dah sedey..herm..mcam2 lg la knangan..kemudian..sahabat s'perjuangan kite Munirah..Dalia..Madie..pulak pndah..makin sedey lah sume..tp..nasib baek afifa,aimi ngan zakirah setia b'sama kite sume smpai akhir ta0n..smpat jugak diorg j0in kite sume pergi RBB..kat Saujana Asahan..mngkin itu knangan t'akhir b'sama diorg..

Time F3 plak..afifa,aimi dgn zakirah tlah p0wn meninggal'n kite sume..herm..ta0n ni lg lah mcam2 masalah ade..mule2 skali..ape erk..dah lupe plak..hehe..x ingat lar..tp byak lar jgak..yg ingat cume time pegi rombongan ke KL..satu batch pegi..pas2 bkk puase rmai2 lar..jamuan akhir ta0n..n mcam2 lg lar..klau nak diingatkan knangan F3 byk sngat..smpaikan ade yg nak pndah ramai2 lar..sedey bt0l klau nak diingatkan knangan kite sume..so..kat sini hrap2 sahabat2 ku sentiase bahagia dan berjaya di mase hdapan..yg b'jaye result PMR haritu..tahniah..yg x berjaye pon jgn sedey2..SPM ade lg..walau ape pown tahniah buat sume sahabat-sahabatku...INsya-Allah kite sume akan b'jmpa lg kelak..sape2 yg nak pndh tue..fikir2 lah byk kali dulu..buat solat istikharah byk2 yea..Insya-Allah..Allah akan m'beri petunjuk unt0k kite sume..Amin..

Khas buat sahabat2ku:Farrah..Fazlin..Qila Sham..Mira J..Yasmin..Zai..Anisah..Balqis..Fatin..Shah..Nazirah..Nabila..
                                     Surie..Izzati..Raihana..Qila M..Ain..Farahin..Syamina..Nadz..Nad  NIsam..Syep..Syera..
                                     Shipah..Husna..Mawaddah..Aufa..Nurel..Aina..Shaz..Hana..Atiqah Rivuan..Tiqah Mohsin..
                                     Maziah..Aini..Dalila..Farahin..Hasmina..Izzah..Izyan..Amira Z..Shafiqah..Shafina..Leha..
                                     Faridah..Afifa..Madi..Munirah..syg korg sume..

~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~ 

Mana satu nak pilih???

Assalamualaikum...di sini saya ingin juga berkongsi pengalaman iaitu perkara yang paling penting dalam hidup saya..Hermm..Lpas result PMR mesti ramai yg masih t'agak-agak..sama ada nak stay sekolah lama atau tidak?...saya jadi serba salah nak pilih mana satu..sekarang ini sy cadangkan lebih baik kawan-kawan semua buat solat istikharah banyak2..mohon daripada Allah SWT..mohon petunjuk daripada NYA..Insya-Allah..so kat sini saya ingin berkongsi sedikit cara melakukan nya...


Solat Sunat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir.
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Wassalam..

~Erti Persahabatan~

Apa itu persahabatan??Herm..mesti semua ingat p'sahabatan itu senang kan??Disini saya nak kongsikan satu ayat mengenai persahabatan..



Persahabatan,

lebih sukar dari AddMath,

lebih rumit dari Fizik,

lebih susah dari Biologi,

lebih payah dari LK,

TAPI,

persahabatan itu tak sebosan sejarah,

ia penuh dengan Chemistry.

Kerana persahabatan itu sistematik bagaikan

Prinsip Perakaunan.

Adakah ayat ini sesuai dengan erti persahabatan sebenar?

4 all PMR student...~

Assalamualaikum sume..huh..risau nyer 22/12 kali nie...result PMR pulak tuh...takut nyer..tp apa p0wn redha n byk tawakkal jer lah skrg nih..dah lar 9 subjek..BM,BI,BA,MT,SNS,GEOG,SEJ,KHB,PAI...kene yakin yg b0ley dpt A jugak..Ok lah.all the best sume..bykkan s0lat sunat Hajat yer..minta pertolongan kpd Sang Pencipta..Insya-Allah..mudah-mudahan kita sume akan berjaya..AMIN...d0akan sy jugak erk..s0..skrg ni sesape yg nak check result cepat boley lah tulis camnih PMR [ No KP ] [Angka Giliran] pastu sms ke:15888..nie dpt drpd kementerian pelajaran..Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga stress, amalkanlah doa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dialah yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.


Wassalam...