CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

.: Minggu Ihya' Mahabbah 2013 :.

Assalamualaikum..
hehe..saje nk share2..b0ring plak da lme x update..
mnjg bz jer..mk wt cmne..
tp Alhamdulillah,,tamat sudah orientasi f0rm 1 ta0n nie,,, Ihya' Mahabbah mmg best,,tahniah buat rakan2 sperjuangan...barisan mpp & lpa kerana tlah b'sama-sama b'tngkus lumus bg m'jyakan pr0gram ini,, (^^,)
kpd adik2 yg akk syangi..take care yea.. jge diri lekl0k..ambil sgala input yg ade time kalian b'orientasi dgn kami para fasi sume..jd lah adik2 yg baik & try hdupkan smula bi'ah di bumi Tarbiyah..buktikn yg kalian adalah generasi hbat..
jd c0ntoh yg t'baik pd gnerasi yg akn dtg..i kn0w u all can d0 it..
byk knangan yg tlah kita cipta b'sama..
i will miss it..hehe..kalian adalah hrapan akk n sk0la..jgn lupa..hdupkan smula suasana sbenar MAAHAD AHMADI..akk akn try yg t'baik ta0n ni..syg adik2 akk..^_^
Walllahu'alam..
kulit dpan buku pr0gram


lagu tema yg m'buatkan hati t'hibur ^_^



l0ve this s0ng(^^,)
mcm2 aksi ada

~rindu saat kita b'sama~


Erti Kejaayaan yang Bererti



Manusia yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan dalam hidup. Siapa yang menolak bukan? Cumanya yang berbeza antara semua manusia-manusia waras tersebut,bagaimana  mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu kejayaan.
Atas dasar pendefinisian yang berbeza inilah, takrif 'kejayaan' dalam kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan aku,mungkin bukan kejayaan bagi engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku.
Jadi,apakah pandangan terbaik mengenai hakikat sebuah kejayaan?
Apabila membicarakan mengenai pandangan terbaik,pendefinisian yang terbaik. Maka pandangan dan pendefinisian tersebut mestilah dipandang dan didefinisikan oleh yang Maha Baik.Dipandang daripada sudut dan sisi yang terbaik.Makanya tanyalah pada diri sendiri :Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa?

Dan jawapan ini sentiasa menjadi jawapan kepada segala persoalanAllah S.W.T. 
DIA tersenyum padamu di langit.
Ya,pandangan DIA yang terbaik. DIA yang Maha Mengetahui dan DIA yang Maha Melihat. Maka secara mudahnya,definisi kejayaan manusia yang dicipta adalah berdasarkan pandangan Sang Pencipta. Apabila pandanganNya terhadap hambaNya di bumi seiring dengan 'senyuman'Nya di langit, maka itulah yang ditakrifkan kejayaan. Andai kejayaan kita di bumi, mengundang marahNya di langit,sedarlah bahawa itu bukanlah kejayaan, ia lebih sesuai ditakrifkan sebagai KEMURKAAN.

Dalam satu hadis baginda Rasulullah: 

Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab:Sembahyang dalam waktunya. Beliau bertanya lagi:Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab : Kemudian berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Berjihad di jalan Allah.[Muttafaqun 'alaih]
Dalam hadis di atas,antara 3 perkara yang paling disukai Allah:
Solat di dalam (awal) waktunya=Hak AllahBerbakti kepada Ibu bapa=Hak Ibu Bapa/KeluargaBerjihad di jalan Allah=Hak Negara
Mereka tersenyum padamu di Bumi

Berdasarkan hadis di atas,tidak ada sesiapa yang dapat menafikan betapa besarnya nilai solat di sisi Allah sehinggakan ibadah solat diberikan secara face-to-face antara Allah dan baginda Rasulullah. Dan sungguh tidak ada sesiapa yang dapat merendah-rendahkan betapa pentingnya jihad di jalan Allah sehinggakan ada ulama' yang meletakkan jihad sebagai rukun Islam yang keenam. Sehingga begitu sekali.
Dan sedarkah kita,berbakti kepada ibu bapa berada di antara solat dan jihad di jalanNya?
Senyuman ibu dan ayah di bumi,adalah satu petanda senyumanNya di langit.Kerana apa? Kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Mendengar khabaran adik-adik atas result SPM mereka yang cemerlang, sungguh ana teringat detik yang sama tahun lepas, betapa lebarnya senyuman ummi dan abuya. Betapa gembiranya guru-guru yang banyak berjasa.
Persis suara hati Maher Zain dalam lagu terbarunya:"I'd like to put a smile on your face everyday"




Kejayaan yang Merantai Senyuman
Doa + Usaha + Tawakal = Senyuman kejayaan.
Namun percayalah, kejayaan yang sebenar bukanlah terletak pada lebarnya senyuman di wajah kita.Tapi pada wajah MEREKA.Rantaian senyuman pada wajah ibu,ayah,guru dan sahabat-sahabat.
Dan yang paling penting:Apa ertinya berjaya di dunia,andai di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka?
Moga kejayaan hari ini,membuah kejayaan jua di akhirat nanti.Moga kejayaan ini,memberi erti dalam menggapai redha Ilahi.Allahumma ameen.


# x ingt dpat dri mane,,hehe,,btw sharing is caring,,>_<

Siapakah BFF ( best friend f0rever ) ^^


Siapakah BFF (best friend forever) yang terbaik di kalangan kamu? ^^
BFF yg terbaik ialah BFF yg mane, dia sering mengajak kita kearah kebaikkan,,.dan kebaikkan itu bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat,,dan bukan BFF yg mane sering mengajak kearah sesuatu yg tidak disukai Allah,,,.nauzubillah!!!

Sebagai manusia yg ingainkan keredahan dari Allah,,.maka carilah kawan yg boleh membimbing kita dan bukan kawan yg boleh merosakkan kita,,,.^_^

seperti perumpamaan:Jika kita berkawan dgn org yg membuat minyak wangi,ktra akan mendapat wanginya,dan jika kita berkawan dgn org yg membuat besi ,kita akan mendapat bahangnya,,. ^_^
                                                 (nasihat untuk ana dan rakan-rakan)

Selamat Ulang Tahun yg ke-16 sahabatku



Hye sume..
hari nie mrupakan hari yg pling gmbira buat shabat sy..12/12/1996 mrupakan tarikh dia d'lahirkan..
n skrang dia sudah b'umur 16 tahun..dah bsar da rupa nyer..=)
kpd sahabatku Sharifah Amirah..s0ry sngat2..nak antar hadiah x b0le..jauh sngat..huhu..btw..hdiah kat alam maya pun oke la erk..dpat mnatap slalu..hehe..smoga umur d'berkati n d'murahkan rezeki..happy always..(^^,)..btw..all the best exam ta0n dpan erk..wlaupun kita saling b'jauhan..tp awk ttap shabat sy..f0rever..
ada satu puisi buat awk..hehe..s0ry klau x oke..but this is fr0m my heart.. <3

Selamat Hari Lahir Sahabat


Antara perkara terindah pemberian Allah kepadaku,

Adalah menjadi sahabatmu.

Kalau bukan kerna hubungan kita,

Aku tak akan menjadi aku.


Tidak mampu mengukir bicara panjang,

Kerna kau terlalu berharga buatku,

Biarlah amal perbuatan menjadi saksi,

Cinta dan kasihku buatmu.


Semoga sahabat,

Kau kekal bersabar di sisiku,

Sungguh kekal lah sahabat,

Biar nanti aku ke syurga beriringan denganmu.


Happy Birthday Syg!!



Ulang Tahun yg ke 16 tahun..(^^,)


syg awk!!


Wallahua'lam...

5 SEBAB KENAPA “COUPLE” HARAM


KENAPA COUPLE HARAM??

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)